Assalamualaikum Salam perkenalan dari Team Brobaker

SCHEDULE IFTAR RAMADHAN 2023
MARI BERBAGI CINTA & KASIH SAYANG SAMBIL BERBUKA PUASA DAN DUIT RAYA

VIDEO TERBARU PROGRAM INFAK RAMADHAN 30 MAR 2023

Salam perkenalan dari Team Brobaker bergabung bersama Team Sifuroti yg mengendalikan program infak ke rumah-rumah anak yatim, madrasah-madrasah Tahfiz Al-Quran, Memberi makan kepada Gelandangan serta menyantuni warga Emas di sekitar Johor Bahru pada setiap hari Khamis dan pada sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah 2023 adalah tahun ke 7 kami sudah melakukan program ini bersama sahabat2 yg turut serta menjayakan program infak ini semuanya atas izin Allah jua.

Terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang, para penginfak yg telah mengembirakan hati anak-anak yatim yg tak punya ibu bapa, mengembirakan pelajar2 madrasah yg sibuk menghafal juz2 Al-Quran serta yg lain.

Kami adalah peniaga bakeri, "home made" dan setiap isnin dan khamis kami mengambil kesempatan menghantar roti2 buatan kami ke rumah2 anak yatim dan pelajar madrasah dan ianya 100% dari budget kami sendiri kemudian ada beberapa saudara mara dan sahabat2 terdekat ingin menyumbang sama jadi bermula itulah alhamdulillah semakin hari semakin ramai yg ingin turut serta sehinggalah lebihan budget tersebut kami tambah dengan nasi serta lauk dan kuih muih maksudnya tidaklah roti semata2 ketika kami bermula dulu.

Para penyumbang boleh menyumbang seikhlas hati kemudian boleh sertakan bbrapa nama aruah utk disertakan kerana pelajar2 madrasah inshaAllah akan membacakan tahlil yasin setiap khamis malam jumaat selepas mereka berbuka puasa.

Di bawah ini adalah lokasi senarai rumah anak2 yatim, pelajar madrasah, warga mas serta gelandangan di sekitar Johor Bahru. Setiap Khamis pihak kami akan memilih 6 lokasi sahaja untuk penghantaran mengikut budget yg kami terima dari tuan/puan dan seandainya kurang, pihak kami akan tanggung selebihnya. InshaAllah.

Mengapa kami lebih suka membuat program infak makanan terus siap di masak berbanding memberi bahan-bahan mentah seperti beras, minyak masak, telur dan lain-lain lagi?

Boleh copy paste no akaun ni :-
Maybank Brobaker Global Enterprise
551249546922
Sila whatsapp nombor di bawah ini jika tuan/puan telah membuat sedekah infak

Tuan/puan juga boleh menghantar nama-nama aruah untuk dibuat bacaan yassin tahlil yg dilakukan oleh pelajar-pelajar madrasah setiap Khamis malam jumaat selepas mereka berbuka puasa solat maghrib atau mohon Doa khas seperti di permudahkan urusan umrah/haji, mohon kesembuhan penyakit, mohon dipermudahkan ujian hidup dan lain-lagi tujuan.
Doa dari anak-anak yatim serta pelajar-pelajar madrasah tahfiz adalah salah satu bentuk usaha kita kerana kadang dosa-dosa kita jadi penyebab doa tak dikabulkan namun bagi tuan/puan yg sudah tiada lagi keramat hidup doa terhijab iaitu doa dari ibu-bapa maka kita diberi Allah utk usaha yg lain kerana doa anak2 yatim dan pelajar-pelajar madrasah inshallah dimakbulkan kerana tuan/puan mahupun saya sendiri berdoa ketika berinfak iaitu "Ya Allah, jika dosaku yg bnyk buat Kau tidak memakbulkan doa2ku, maka pandanglah doa-doa dari anak2 yatim dan pelajar2 madrasah ini kerana Nabi mu bersabda Aku dan anak yatim seperti ini (sambil Rasulullah merapatkan kedua jarinya"