Selamat datang ke landing page Sifuroti PJJ Bahulu Cermai Kampung. Salam perkenalan dari Sifuroti buat semua sahabat. Pasti antara kita punya pengalaman jika bercakap tentang “BAHULU CERMAI KAMPUNG” dan ramai yang sharing pas makan, akan mengungkap kembali nostalgia lama masa kecik2 dulu! masa mak dan atuk nenek kita begitu sibuk buat persiapan menyambut Hari Raya dan Bahulu Cermai ni adalah hidangan WAJIB ADA di meja tetamu.
Tujuan Sifuroti mengadakan kelas PJJ online ni agar resepi ini akan terus kita kekalkan hingga cucu cicit kita. Satu hari nanti, Tuhan akan ambil ingatan Sifuroti ni, jadi sebelum lupa biarlah sifuroti turunkan ilmu ni menjadi asbab kita bersilaturahim ya.
Sebenarnya untuk dapatkan resepi ini sangatlah mudah kerana hanya menggunakan 4 bahan utama sahaja iaitu TEPUNG, TELUR, GULA & ESSEN namun yang menjadi cabaran utama dimana ramai yg GIVE UP nak buat sebab TEKNIKnya! Loyang selalu melekat serta bahulu cepat berkulat tak sampai seminggu. Maka ini yang sahabat semua akan atasi dengan izin Tuhan. Aaaamiin